Selamat Ulangtahun Kemerdekaan ke-57, Malaysia

merdeka 2014

Masih belum terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan selamat hari kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia :)
Sememangnya, sambutan hari kemerdekaan tidak lag semeriah dulu. Bahang kehangatan sambutannya tidak lagi sama.

Namun, saya amat tertarik dengan tema kemerdekaan kali ini iaitu : Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta. “Di sini lahirnya sebuah cinta” seolah telah menjadi kata-kata keramat pabila setiap kali menjelangnya hari kemerdekaan. Hal ini kerana, kata-kata tersebut telah lama menjadi sebahagian daripada lagu Warisan yang mana ciptaan dan nyanyian oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Sememangnya acapkali kedegaran lagu dan kata-kata tersebut, mampu membuatkan hati penulis tersentuh.

Jadi, apabila sekali lagi kata-kata tersebut digunapakai dalam lirik dan tajuk lagu kemerdekaan kali ini, ianya sekali lagi membangkitkan semangat patriotisma dalam diri ini. Berbeza dengan lagu dan tema kemerdekaan 2 tahun sebelumnya, saya yakin dan percaya lagu ini dapat dan mampu sedikit dan sebanyak membangkitkan rasa penyatuan dalam diri kita semua.

Tema hari kemerdekaan sejak tahun 1970

TahunTema
1970Muhibah dan Perpaduan
1971Masyarakat Progresif
1972Masyarakat Adil
1973Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975Masyarakat Berdikari
1976Ketahanan Rakyat
197720 Tahun Bersatu Maju
1978Kebudayaan Seni Perpaduan
1979Bersatu Berdisiplin
1980Berdisiplin Berbakti
1981Berdisiplin Berharmoni
1982Berdisiplin Giat Maju
1983Bersama ke Arah Kemajuan
1984Amanah Asas Kejayaan
1985Nasionalisme Teras Perpaduan
1986Bangsa Tegas Negara Teguh
1987Setia Bersatu Berusaha Maju
1988-1989Bersatu
1990Berjaya
1991Wawasan 2020
1992Wawasan Asas Kejayaan
1993Bersatu Menuju Wawasan
1994Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995Jatidiri Penggerak Wawasan
1996Budaya Penentu Kecapaian
1997Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006Keranamu Malaysia
2007Malaysiaku Gemilang
2008Perpaduan Teras Kejayaan
20091Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
20101Malaysia Menjana Tranformasi
20111Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
20121Malaysia. Janji Ditepati[1]
2013Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
2014Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta[2]

sumber : wikipedia

Lagu Hari Kemerdekaan 2014


Tags: ,

No comments yet.

Leave a Reply